Satu lawatan daripada Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung pada 13 Ogos 2026 di Institut Integriti Malaysia (IIM). Delegasi UMS diketuai oleh Pn. Nurhani binti Sugianto, Ketua Pentadbiran, dan telah disambut baik oleh En. Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman, Timbalan Pengarah (Awam), Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM, bersama barisan pegawai kanan IIM yang lain.
Lawatan ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai potensi program, latihan dan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bersama antara IIM dan UMS pada masa hadapan. Delegasi turut dibawa melawat Knowledge Management Centre (KMC), iaitu perpustakaan integriti IIM yang menghimpunkan pelbagai bahan rujukan berkaitan integriti, tatakelola, etika dan antirasuah. Pendedahan ini memberi peluang kepada delegasi UMS untuk memahami dengan lebih dekat fungsi, kepakaran dan sumber ilmu yang dimiliki IIM, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian pengetahuan serta pembangunan program yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

















