27 Julai 2024 10:57 pm

Latihan Modul Integriti Penguat kuasa Sarawak (MIPS) anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Siri 2/2024 Latihan Modul Integriti Penguat kuasa Sarawak (MIPS) anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak pada 14 Mei 2024.

Sesi latihan yang berlangsung di Kuching, Sarawak ini telah dihadiri oleh wakil pegawai penguat kuasa Sarawak yang terdiri daripada Penguat kuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Latihan MIPS bertujuan untuk meningkatkan etika dan integriti pegawai penguat kuasa yang menjurus kepada peningkatan reputasi agensi penguatkuasaan di Sarawak serta meningkatkan iltizam pegawai penguat kuasa agar tidak melibatkan diri dalam salah laku integriti.

Sesi latihan telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Encik Fazly Nordin, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 56
JUMLAH PELAWAT : 179039

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content