27 Julai 2024 6:35 pm

Latihan Ethics & Integrity (E&I) anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan siri 2/2024 Latihan Ethics & Integrity (E&I) anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak pada 15 hingga 16 Mei 2024.

Sesi latihan yang diadakan di Kuching, Sarawak ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai pelbagai kementerian, agensi dan jabatan Sarawak.

Latihan E&I ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman berkenaan proses kesedaran kendiri dan proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti dalam membudayakan integriti dalam organisasi.

Sesi latihan telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Encik Fazly Nordin, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 48
JUMLAH PELAWAT : 179031

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content