Latihan “Do The Right Thing (DTRT)” anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi latihan “Do The Right Thing (DTRT)” anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak pada 18 hingga 19 April 2024 bertempat di Bintulu, Sarawak.

Latihan ini bertujuan memupuk nilai integriti dalam kalangan warga kerja jabatan dan agensi disamping membudayakan amalan integriti terbaik dalam organisasi.

Latihan ini juga telah memberikan bimbingan kepada peserta tentang konsep ‘Do The Right Thing’ serta pengamalan integriti dalam proses membuat keputusan.

Seramai 48 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi dibawah Jabatan Premier Sarawak telah menghadiri sesi latihan ini. Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan dibantu oleh Pn Shafinas Daud, dari Pusat Integriti Sektor Awam serta En Muhamad Khairul Aman Baharum dari Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 5
JUMLAH PELAWAT : 156680

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 6 Mei 2024

Skip to content