14 September 2026 3:51 pm

Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan sebagai penceramah bagi Kursus Khas Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Program ini telah menghimpunkan seramai 254 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.

Ceramah ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan kesedaran peserta mengenai isu rasuah dan inisiatif pencegahannya, termasuk kesalahan-kesalahan lazim dalam perolehan kerajaan serta langkah-langkah pencegahannya. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan pematuhan terhadap peraturan bagi memperkukuh tadbir urus serta mencegah berlakunya rasuah dan salah laku dalam urusan perolehan.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan, Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 353
JUMLAH PELAWAT : 484828

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 September 2026

Skip to content