27 Julai 2024 11:33 pm

Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1, Siri 6 Bil.1/2024

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1, Siri 6 Bil.1/2024 pada 6 Mac 2024 bertempat di Sri Aman, Sarawak. Kursus ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan).

Turut hadir YB Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman); YB Datuk Mong Anak Dagang, ADUN N.31 Bukit Begunan; YB Puan Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN N.28 Lingga dan Encik Charlie Keling, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman.

Kursus MIKM Tahap 1 ini merupakan kesinambungan program rintis siri-siri latihan yang dijalankan khusus kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Sarawak. Ianya sebagai usaha bagi meningkatkan pembudayaan amalan integriti dalam tugas serta tanggungjawab KMKK sebagai pemimpin komuniti di kawasan setempat. Kursus ini juga adalah sebahagian dari usaha kerjasama strategik antara IIM dan Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak bagi meningkatkan keupayaan KMKK sebagai ikon integriti kepada masyarakat setempat dengan menerapkan nilai-nilai murni serta amalan integriti dalam kehidupan seharian.

Seramai 38 orang KMKK yang mewakili Daerah Pantu dan Daerah Lingga telah menghadiri kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Fazly Noordin, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 58
JUMLAH PELAWAT : 179041

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content