16 April 2026 2:03 am

Kursus Etika Kerja

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Etika Kerja anjuran Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) pada 13 – 14 April 2026. Kursus yang telah dilaksanakan di Pusat Latihan Awam Selangor, Morib ini telah dihadiri seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam kalangan peserta melalui penerapan nilai-nilai murni, etika profesional dan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai penjawat awam, mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan, serta menyumbang kepada tadbir urus yang baik dan peningkatan kepercayaan terhadap perkhidmatan awam.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Puan Fara Hasda Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Perniagaan, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
Kursus Etika Kerja

15 April 2026

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Etika Kerja anjuran Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) pada 13 – 14...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 18
JUMLAH PELAWAT : 429193

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 April 2026

Skip to content