27 Julai 2024 6:36 pm

Kunjungan ke KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) telah mengadakan kunjungan ke KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat pada 24 Mei 2024 bertempat di Menara KKDW, Putrajaya.

Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama antara IIM dan KEMAS dalam usaha bagi pembangunan modul integriti keluarga dan perancangan pelaksanaan program-program berkaitan integriti kepada sektor keluarga di kawasan luar bandar. Kedua-dua pihak juga telah berkongsi maklum balas yang positif bagi beberapa inisiatif bersesuaian dalam meningkatkan tahap pembudayaan integriti terutama di kalangan warga kerja KEMAS seperti guru-guru tabika dan ketua-ketua masyarakat.

Kunjungan dari PPIK IIM telah diketuai oleh Pengarah PPIK, Puan Zarina Mohamad Amin bersama pegawai-pegawai pusat manakala perjumpaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Zairuddin Mat Zuini yang turut dihadiri oleh dan pegawai-pegawai bahagian KEMAS.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 49
JUMLAH PELAWAT : 179032

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content