27 Julai 2024 6:37 pm

Kunjungan hormat serta lawatan kerja ke Menteri Kewangan Diperbadankan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya

Usaha kerjasama membabitkan dua agensi Ahli Meja Bulat Integriti Korporat (RTD) Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) iaitu Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) menjadi agenda utama dalam sesi kunjungan hormat serta lawatan kerja IIM ke MKD di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 1 Mac 2024.

Dalam pertemuan tersebut, delegasi IIM yang diketuai oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM berkesempatan memberikan penerangan ringkas mengenai CISM serta peranannya dalam membantu syarikat milik MKD, khususnya syarikat kecil melaksanakan tatacara mencukupi menerusi pelaksanaan CISM.

YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin Muhamed, Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC) berkata, pihaknya bersedia memberikan sokongan penuh kepada usaha IIM ke arah pembudayaan serta pemantapan integriti iaitu dengan mengadakan taklimat CISM kepada syarikat-syarikat di bawah MKD dan pelaksanaan sistem ini di syarikat-syarikat tersebut. Sementara itu juga turut dibincangkan mengenai penganjuran konvensyen berkaitan CISM akan diadakan pada masa akan datang.

Delegasi IIM ke MKD turut disertai oleh Encik Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan; Puan Nor Azni Ahmad Husairi, Konsultan Kanan IIM.

Manakala MKD juga diwakili oleh Encik Mohd Hassan Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Tadbir Urus dan Pemantauan; Encik Badaruzaman Ali, Ketua Seksyen Tadbir Urus dan Pemantauan; Encik Muhammad Hazrul Ismail, Ketua Seksyen Tenaga, Utiliti dan Teknologi; dan Encik Mohd Azha Mohd Abdullah, Penolong Setiausaha Kanan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 49
JUMLAH PELAWAT : 179032

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content