Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Malaysian Productivity Corporation (MPC), yang baru-baru ini dilantik sebagai Ahli Meja Bulat (RTD) bagi Sistem Korporat Integriti Malaysia (CISM).
Delegasi IIM diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM merangkap Pengerusi CISM, Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, manakala pihak MPC diketuai oleh Dr Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah MPC.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara IIM dan anggota RTD CISM, serta meneroka peluang kerjasama dalam memperkukuh tadbir urus, integriti, dan pematuhan organisasi disamping menjadi platform perkongsian pandangan dan idea dalam memperkasakan pelaksanaan CISM secara menyeluruh.
Perbincangan dua hala ini turut memberi ruang kepada pihak IIM untuk berkongsi penerangan mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM.









