Institut Integriti Malaysia (IIM) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada hari ini, 11 November 2025 (Selasa), bertempat di Dewan Murni, Menara Integriti.
Sesi lawatan ini memberi peluang kepada pihak IIM untuk berkongsi mengenai fungsi, inisiatif dan peranan strategik IIM dalam memperkukuh agenda integriti dan tadbir urus baik di Malaysia. Perkongsian turut menyentuh tentang kepentingan membudayakan nilai integriti dalam organisasi dan masyarakat secara menyeluruh.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat; YBrs. Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi; serta YBrs. Puan Alice Suriati binti Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara.
Terima kasih kepada pihak JPNIN atas kunjungan dan minat yang tinggi dalam memperkukuh sinergi bersama IIM demi memperkasa nilai integriti dan perpaduan negara.





