27 Julai 2024 1:50 pm

Kunjungan hormat daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang diketuai Tuan Sr. Hj Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta wakil kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 14 Mei 2024 bertempat di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Delegasi MBMB telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi IIM iaitu Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Ketua Pegawai Korporat, Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik bersama MBMB bagi memantapkan lagi usaha pembudayaan nilai integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah. Antara kerjasama yang dicadangkan termasuklah hasrat untuk memeterai Memorandum Kerjasama bersama.
Selain daripada itu, IIM juga menawarkan beberapa produk seperti pelaksanaan latihan terhadap agensi penguatkuasaan menggunakan Modul Integriti Penguatkuasa (MIP), Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) dan penilaian psikometrik IIP melihat kecenderungan integriti individu, seiring dengan hasrat MBMB melaksanakan penambahbaikan dalam penyertaan AIGA yang akan datang.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 34
JUMLAH PELAWAT : 179017

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content