2 April 2026 12:09 pm

Kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 31 Mac 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, IIM.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM. Delegasi IKIM pula diketuai oleh YBrs. Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancangan & Pembangunan Koleksi Etika IKIM.

Pertemuan dua hala ini memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang media, penyelidikan, penerbitan serta penganjuran program berkaitan etika dan integriti pada masa hadapan. Dalam sesi yang sama, IIM turut berkongsi mengenai produk, kursus dan program yang ditawarkan dalam usaha memperkasa pembudayaan integriti. Pemeteraian MoU antara IIM dan IKIM dijangka berlangsung pada September 2026.

Delegasi IIM turut diwakili oleh Puan Norasikin binti Baharudin, Pengarah Penyelidikan; Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat; Puan Norsheeda binti Din, Pengarah Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Ilmu; Puan Nabilah binti Abd. Rahman, Pustakawan; serta Encik Ridzuan Zainal bin Ariffin, Penolong Pustakawan.

Hadir sama daripada pihak IKIM ialah Encik Mohd Zafri bin Abdul Karim, Ketua Pustakawan; Puan Siti Shamsiah binti Md Supi, Pegawai Penyelidik; Encik Nur Muhammad Azim bin Norazizi, Pegawai Penyelidik; Puan Hajah Fairuz binti Haji Noordin, Ketua Unit Komunikasi Korporat; Puan Nor Hartini binti Saari, Ketua Unit Program & Latihan; Puan Nor Hafizah binti Hasamuddin Shah, Pustakawan; serta Puan Fawdatuzzihan binti Mohamad Suandi, Pembantu Penyelidik Perpustakaan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 169
JUMLAH PELAWAT : 424079

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 April 2026

Skip to content