2 February 2026 11:07 pm

Kunjungan hormat daripada delegasi Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.

Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diwakili oleh YBrs. Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. dan delegasi 8 anak syarikat, yang diketuai oleh YM Syed Ibrahim Sayd Othman, Naib Presiden / Ketua Kumpulan Risiko, Pematuhan dan Integriti.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif komunikasi strategik dua hala antara IIM dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. dan delegasi 8 anak syarikat bagi mendapatkan pencerahan, bertukar pandangan serta memperkukuh kefahaman terhadap fungsi dan peranan IIM dalam memperkasakan nilai integriti dalam sektor korporat.

Sesi pertemuan ini telah membuka ruang bagi pertukaran pandangan yang bernas dan mendalam berhubung konsep integriti serta pelaksanaan fungsi utama IIM yang merangkumi pendidikan, advokasi dan latihan; penyelidikan dan penerbitan; serta kerjasama strategik.

Turut hadir bersama Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. ialah wakil daripada Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd., GPQ Sdn. Bhd., Husa Network Sdn. Bhd. (Manis FM), TI Properties Sdn. Bhd., TDM Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd., dan EPIC Berhad.

Diharapkan pertemuan dua hala ini dapat memantapkan lagi amalan integriti dalam kalangan sektor korporat serta membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh ekosistem tadbir urus yang berintegriti, beretika dan telus di Malaysia.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 179
JUMLAH PELAWAT : 406983

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content