Konvensyen Belia Integriti Nasional 2024

Bersempena Hari Belia Negara (HBN) yang disambut pada 15 Mei setiap tahun, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Konvensyen Belia Integriti Nasional 2024 bertemakan Yakin Boleh: Belia Komited Membudayakan Integriti bertempat di Podium A, Menara KBS.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim dan hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Ketua Pegawai Korporat IIM, YBrs. Tuan Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar.

KBIN 2024 kali ini telah menampilkan tiga orang ahli panel iaitu Ahli Lembaga Pengarah IIM, Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali; bekas Atlet Boling Negara, Cik Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Encik Logavendra Loganathan.

Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang. Konvensyen ini turut menyentuh pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.

KBIN 2024 telah dihadiri oleh lebih 200 orang penonton dan ianya turut boleh ditonton melalui penstriman langsung di facebook rasmi IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 35
JUMLAH PELAWAT : 166980

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 Jun 2024

Skip to content