Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan IIM–PROLINTAS Strategic Integrity Engagement pada 12 Ogos 2026 bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda integriti korporat serta memperluas pelaksanaan Corporate Integrity System Malaysia (CISM) dalam ekosistem vendor PROLINTAS.
Sesi secara dalam talian ini disertai oleh Encik Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM, bersama pegawai-pegawai PISPA. PROLINTAS pula diwakili oleh Puan Amizar Mizuar, Encik Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Puan Norhayati Abdul Aziz daripada Bahagian Integrity & Governance serta Contract Management.
Antara fokus utama perbincangan ialah potensi penganjuran Seminar Integriti Korporat IIM–PROLINTAS serta sesi taklimat khusus kepada vendor PROLINTAS bagi memperkenalkan CISM, manfaat penyertaan dan pendekatan pelaksanaannya.
Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh tadbir urus, pengurusan risiko pihak ketiga dan pembudayaan integriti dalam rantaian bekalan PROLINTAS.







