22 Julai 2024 4:32 am

Ceramah bertajuk “Skala Integriti Diri : Antara Etika Kerja, Amanah dan Budaya Yes Boss” bersempena Seminar Kelestarian Integriti (SKI)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Skala Integriti Diri : Antara Etika Kerja, Amanah dan Budaya Yes Boss” bersempena Seminar Kelestarian Integriti (SKI) bagi Program CeIO Sarawak anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada 2 Julai 2024.

Sesi ceramah ini telah dihadiri seramai 200 orang pegawai-pegawai yang terdiri daripada Kementerian, Jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak sert Certified Integrity Officers (CeIO) Sarawak.

Antara intipati ceramah ini adalah peranan dan tanggungjawab setiap pegawai tanpa mengenepikan etika kerja dan integriti semasa menjalankan tugas dan memberi arahan tugas. Selaras itu juga bagi mengukuhkan dan memantapkan nilai-nilai murni dalam membudayakan integriti dalam organisasi.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 2
JUMLAH PELAWAT : 177122

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 22 Julai 2024

Skip to content