14 April 2026 11:16 pm

PENGURUSAN INTEGRITI – PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI PEGAWAI PERGIGIAN UG9

INTEGRITI BUKAN SEKADAR RASUAH

Integriti dalam kehidupan profesional bukan sekadar merujuk kepada pembanterasan rasuah semata-mata, tetapi ia adalah amalan nilai-nilai murni secara menyeluruh dan berkesan dalam setiap aspek kerjaya.

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Komuniti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya melaksanakan PROGRAM TRANSFORMASI MINDA bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 13 April 2026 dan dihadiri seramai 298 orang Pegawai Pergigian UG9

Sesi pengisian telah disampaikan oleh Encik Hamzi Muhamad, wakil daripada Pusat Pembangunan Integriti Komuniti. Perkongsian menyeluruh mengenai konsep integriti, pendedahan terhadap salah laku integriti, serta manfaat pengamalan nilai integriti terhadap diri sendiri, organisasi, dan sebagai penjawat awam.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja berintegriti tinggi demi kecemerlangan sektor kesihatan negara!

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 547
JUMLAH PELAWAT : 428534

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 April 2026

Skip to content