13 August 2026 4:17 pm

Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data dan Pelan Tindakan bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data dan Pelan Tindakan untuk Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 10 – 11 Ogos 2026. Bengkel yang diadakan di Ibu Pejabat JPPM ini telah dihadiri seramai 20 ahli jawatankuasa OACP JPPM.

Bengkel ini diadakan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dan merupakan kesinambungan kepada Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) JPPM. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti risiko serta mewujudkan inisiatif bagi risiko yang telah didaftarkan dalam pembangunan OACP JPPM bagi tahun 2026–2030.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Nur Imran Mohd Shaili dan Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 451
JUMLAH PELAWAT : 474959

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 13 August 2026

Skip to content