14 April 2026 11:18 pm

Bengkel Pemurnian Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) pada 9 April 2026, yang dihadiri oleh seramai 110 peserta mewakili 45 kementerian, jabatan dan agensi. Bengkel ini merupakan fasa akhir dalam proses pemurnian dokumen NIES sebelum dimuktamadkan dan seterusnya diluncurkan secara rasmi.

NIES merupakan kesinambungan kepada Pelan Integriti Nasional (PIN) yang meletakkan integriti sebagai agenda utama negara. Pembangunan NIES telah melalui beberapa fasa yang komprehensif, merangkumi sesi libat urus, kajian, penanda arasan serta siri bengkel bersama pelbagai pemegang taruh bagi memastikan kerangka yang dibangunkan bersifat inklusif, relevan dan berimpak tinggi. Selain itu, IIM telah membentangkan draf NIES kepada YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) pada 12 Mac 2026. Perkembangan ini mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan dalam memperkukuh integriti dan tatakelola sebagai teras pembangunan negara.

Pada bengkel tersebut, YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, telah menyampaikan ucapan aluan serta membentangkan pengenalan dan hala tuju pelaksanaan NIES. Kerangka NIES yang dibangunkan ini menyokong dasar sedia ada seperti NACP, NACS serta RMK-12 & RMK-13, dengan memberi tumpuan kepada tiga teras utama, iaitu pendidikan dan pembinaan insan berintegriti; tadbir urus serta institusi beretika; serta komuniti dan jangkauan budaya berintegriti.

Pelaksanaan NIES akan dilaksanakan secara menyeluruh merentas sepuluh (10) sektor utama termasuk sektor awam, swasta, pendidikan, keluarga, komuniti dan agama. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, NIES turut disokong oleh mekanisme pengukuran dan pemantauan seperti Indeks Integriti Malaysia (InTeM), Sistem Penilaian Integriti dan Governans (SPINE) serta Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN). Usaha ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan yang berstruktur, berakauntabiliti serta mampu mencapai matlamat akhir dalam membentuk masyarakat yang berintegriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 547
JUMLAH PELAWAT : 428534

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 April 2026

Skip to content