9 Disember 2024 2:29 am

Bengkel Pemurnian OACP bersama Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian OACP bersama Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi pada 23 dan 24 Mei 2024. Sesi yang diadakan di Kompleks Al-Farabi UiTM ini telah dihadiri oleh wakil-wakil ahli jawatankuasa OACP UiTM.

Sesi ini turut dihadiri oleh Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa; Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dan Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi.

Sesi ini bertujuan untuk memurnikan daftar risiko, dan membangunkan draft buku OACP bagi UITM. 5 Daftar Risiko Bidang Keutamaan dan draft buku OACP telah berjaya dimurnikan hasil dari bengkel tersebut.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn Shafinas Daud dan Encik Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 50
JUMLAH PELAWAT : 238574

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 9 Disember 2024

Skip to content