18 August 2026 3:44 pm

Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Malaysian Investment Development Authority (MIDA)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data dan Pelan Tindakan bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Tahun 2027 – 2031 pada 20 – 22 Julai 2026. Sesi bengkel yang diadakan di ibu pejabat MIDA ini telah dihadiri seramai 35 ahli jawatankuasa pembangunan OACP MIDA.

Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan Pelan Antirasuah MIDA 2.0 yang komprehensif sebagai panduan strategik dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta usaha pencegahan rasuah di MIDA. Pelaksanaan bengkel ini turut memberi penekanan kepada proses mengenal pasti risiko rasuah, merangka inisiatif mitigasi yang bersesuaian serta memperkukuh sistem penyampaian organisasi yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh barisan konsultan Institut Integriti Malaysia (IIM), iaitu Puan Munah Abdul Aziz bersama Encik Muhammad Rasyid bin Mohammad Rohim.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 366
JUMLAH PELAWAT : 476880

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 August 2026

Skip to content