27 Julai 2024 6:20 pm

Analisa Data dan Penilaian Risiko bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Universiti Teknologi MARA

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi Analisa Data dan Penilaian Risiko bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi pada 6 hingga 8 Mac 2024.

Sesi yang diadakan di Bilik Seminar, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu, InQKA, Kompleks Al-Farabi, UiTM telah dihadiri seramai 22 ahli jawatankuasa OACP UiTM.

Objektif sesi ini adalah untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan dan pemantauan Corruption Risk Assessment (CRA) dalam penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah yang lebih sistematik. Selain dari itu, ianya juga untuk mewujudkan tadbir urus yang terbaik dalam konteks penilaian risiko bagi tujuan pencegahan rasuah dalam merangka Pengurusan Risiko Rasuah bagi organisasi.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Shafinas binti Daud dari Pusat Integriti Sektor Awam dan Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, Konsultan Pusat Pembangunan Integriti dan Budaya, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 46
JUMLAH PELAWAT : 179029

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content