2 November 2026 10:19 pm

PELAKSANAAN LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM (LeIKA) PERINGKAT WP LABUAN

LABUAN, 28–29 Oktober 2026 – Institut Integriti Malaysia (IIM) menerusi Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya telah melaksanakan pemasangan papan tanda Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) di tujuh lokasi ekopelancongan Geopark di Wilayah Persekutuan Labuan, dengan kerjasama Perbadanan Labuan (PL) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Pemasangan papan tanda tersebut melibatkan tujuh lokasi, iaitu Pantai Tanjung Batu, Pantai Layangan, Taman Ekologi Paya Bakau Kinabenuwa, Kompleks Sukan Air, Lombong Batu Arang Bukit Temiang, MTB Park serta Batu Pasir Tanjung Kubong/Gedong Ubat.

Pelaksanaan program LeIKA ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pelancong dan pengunjung, tentang kepentingan memelihara serta memulihara khazanah alam semula jadi di sekitar kawasan ekopelancongan, terutama di kawasan Geopark.

Inisiatif ini turut menyokong usaha menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Geopark pertama bagi pelaksanaan program LeIKA, sekali gus memperkukuh penerapan nilai integriti dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Delegasi IIM diketuai oleh Encik Khairul Aman selaku Ketua Program, dengan bantuan Encik Abdul Rahim. Program pemasangan ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada wakil Perbadanan Labuan serta Yayasan Sukarelawan Siswa.

Melalui inisiatif LeIKA, IIM berharap kesedaran terhadap kepentingan menjaga khazanah alam dapat dipertingkatkan dan budaya menghargai kelestarian alam sekitar dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat serta pengunjung di Wilayah Persekutuan Labuan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 469
JUMLAH PELAWAT : 503661

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 November 2026

Skip to content