29 October 2026 7:35 pm

PSUK Kelantan Perkukuh Integriti dan Governans dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Menerusi SPINE

Kota Bharu, 26 Oktober 2026 – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (PSUK Kelantan) telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama IIM sebagai usaha memperkukuh integriti dan governans dalam pengurusan serta pentadbiran kerajaan negeri. Pelaksanaan ini selaras dengan peranan pejabat sebagai peneraju, penyelaras strategik dan pengawal selia pentadbiran negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.

Komitmen ini turut mencerminkan aspirasi kepimpinan PSUK Kelantan, yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti dan bertanggungjawab. Pendekatan ini seiring dengan nilai teras pentadbiran negeri iaitu Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI) yang menekankan penghayatan nilai murni, kebertanggungjawaban serta kesungguhan dalam melaksanakan amanah, di samping memperkukuh hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat.

Sesi ini dikendalikan oleh dua pegawai daripada Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM iaitu Encik Muhammad Rasyid bin Mohammad Rohim dan Encik Nabil Eiman bin Azman. Sepanjang sesi, pasukan IIM melaksanakan semakan dokumen, penelitian bukti serta konsultasi bersama pegawai berkaitan bagi mengesahkan pelaksanaan elemen SPINE, di samping mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam pengurusan integriti dan governans PSUK Kelantan.

Maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada IIM diharap dapat membantu PSUK Kelantan memperkukuh integriti dan governans secara berterusan, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan penyelarasan pentadbiran, pematuhan serta penyampaian perkhidmatan yang responsif terhadap keperluan rakyat, selaras dengan aspirasi pembangunan dan kesejahteraan negeri.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 422
JUMLAH PELAWAT : 502387

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 29 October 2026

Skip to content