28 October 2026 1:26 pm

Bengkel Training of Trainers (ToT) Program Community Integrity Building (CIB) Sarawak

IIM PERKUKUH KEPAKARAN PELAKSANAAN CIB MELALUI BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (ToT) DI SARAWAK

KUCHING, 27 Oktober 2026 – Institut Integriti Malaysia (IIM) menerusi Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), dengan kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) Program Community Integrity Building (CIB) pada 26 hingga 27 Oktober 2026 di Kuching, Sarawak.

Bengkel ini menghimpunkan wakil daripada tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak yang pernah terlibat dalam pelaksanaan CIB sejak tahun 2022, sebagai usaha memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pegawai dalam mengaplikasikan metodologi CIB secara lebih sistematik dan berkesan.

Sepanjang bengkel, peserta diberikan pendedahan menyeluruh mengenai lima fasa pelaksanaan CIB, meliputi Kepekaan Konteks, Pembelajaran Bersepadu, Pengesahan dan Analisis, Penglibatan Membina serta Melengkapkan Kitaran. Sesi turut diperkukuh melalui perbincangan berkumpulan, latihan praktikal dan perkongsian pengalaman pelaksanaan di peringkat PBT.

Penganjuran ini menjadi langkah strategik IIM dalam membangunkan kumpulan pegawai rujukan (focal person) di setiap PBT, sekali gus memastikan kesinambungan pelaksanaan CIB secara lebih berdikari, seragam dan mampan.

Melalui sinergi IIM, UNIONS dan MPHLG, pelaksanaan CIB di Sarawak terus diperkasakan bagi memperkukuh penglibatan komuniti, meningkatkan akauntabiliti serta membudayakan integriti dalam penyampaian perkhidmatan PBT.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 258
JUMLAH PELAWAT : 501701

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 28 October 2026

Skip to content