Institut Integriti Malaysia (IIM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Result Based Management System (RBMS) Tahun 2027 pada 22 hingga 23 Oktober 2026 di Tenera Hotel & Suites, Bandar Baru Bangi, Selangor
Bengkel selama dua hari ini menjadi platform penting untuk memperkukuh perancangan program dan aktiviti IIM bagi tahun 2027 agar lebih strategik, berfokuskan hasil serta selari dengan Pelan Strategik IIM 2026-2030.
Antara fokus utama bengkel ialah untuk memurnikan sasaran prestasi dan penyelarasan indikator utama, menambah baik pelan tindakan bagi pemantauan yang lebih sistematik dan mengoptimumkan sumber bagi memastikan program yang dilaksanakan memberi impak yang maksimum.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan IIM dalam memperkasakan pengurusan prestasi, meningkatkan akauntabiliti dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberikan nilai serta manfaat yang signifikan kepada organisasi dan pemegang taruh.











