23 October 2026 7:24 pm

Kementerian Komunikasi Perkukuh Pembudayaan Integriti Dalam Penyampaian Perkhidmatan Melalui SPINE

Putrajaya, 19 Oktober 2026– Kementerian Komunikasi telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama IIM sebagai usaha memperkukuh integriti dan governans dalam penyampaian perkhidmatan komunikasi negara. Pelaksanaan ini selaras dengan aspirasi kementerian untuk membentuk masyarakat yang terhubung, berinformasi dan kreatif, di samping memastikan ketelusan serta kepercayaan awam terus menjadi keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan.

Komitmen ini turut dizahirkan melalui hala tuju strategik kementerian yang menekankan reformasi penyampaian perkhidmatan serta pemantapan integriti dan governans. Tuan Christopher Salomy anak William Mirrot, Ketua Unit Integriti Kementerian Komunikasi, menerajui penyelarasan usaha tersebut yang turut disokong oleh sasaran pelaksanaan 75 program pengukuhan integriti sepanjang 2026 hingga 2030, pematuhan latihan kompetensi 40 jam setahun serta pengukuhan kawalan etika dan pengurusan aduan salah laku. Inisiatif ini mencerminkan usaha kementerian untuk membudayakan integriti secara menyeluruh dalam kalangan warga organisasi.

Sesi ini dikendalikan oleh tiga pegawai daripada Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM iaitu Encik Nabil Eiman, Encik Muhammad Rasyid dan Puan Fara Hasda. Sepanjang sesi, pasukan IIM melaksanakan semakan bukti serta konsultasi bersama pegawai berkaitan bagi mengesahkan pelaksanaan elemen SPINE, di samping mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam pengurusan integriti dan governans kementerian.

Maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada IIM diharap dapat membantu Kementerian Komunikasi memperkukuh pembudayaan integriti selaras dengan nilai teras UNGGUL yang menekankan kecemerlangan, profesionalisme dan integriti. Usaha ini juga penting dalam memastikan penyampaian maklumat yang sahih, pengurusan yang bertanggungjawab serta kepercayaan awam terus dipelihara.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 378
JUMLAH PELAWAT : 500209

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 23 October 2026

Skip to content