11 October 2026 6:01 pm

KKR Perkasa Budaya Integriti dan Governans dalam Pengurusan Infrastruktur Negara Melalui SPINE

Kuala Lumpur, 28 September 2026 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai usaha memperkukuh integriti dan governans dalam pengurusan serta pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara. Pelaksanaan ini mencerminkan komitmen KKR dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti dan integriti terus menjadi keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam perutusan pembukaan, KPKPj Mohan a/l Munusamy, Pengarah Unit Integriti KKR, mengetengahkan komitmen kepimpinan tertinggi kementerian terhadap pemantapan integriti dan governans. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk lawatan pematuhan berkala serta program pengukuhan integriti yang melibatkan warga kementerian dan agensi di bawahnya.

Sesi ini dikendalikan oleh tiga pegawai daripada Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM iaitu Encik Nabil Eiman bin Azman, Encik Nur Imran bin Mohd Shaili dan Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Sepanjang sesi, pasukan IIM melaksanakan semakan dokumen, penelitian bukti serta konsultasi bersama pegawai berkaitan bagi mengesahkan pelaksanaan elemen SPINE, di samping mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam pengurusan integriti dan governans KKR.

Maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada IIM diharap dapat membantu KKR memperkukuh integriti dan governans secara berterusan, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan pemantauan, pengurusan projek pembangunan dan penyampaian perkhidmatan yang telus serta berkesan demi kepentingan rakyat.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 119
JUMLAH PELAWAT : 494488

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 11 October 2026

Skip to content