Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pulau Pinang pada 30 Oktober 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 15, lbu Pejabat MBSP.
YBrs. Tuan Shahrulnizad b. Abdul Razak, Pengarah Perbendaharaan MBSP memulakan sesi dengan majlis pembukaan, yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian. Beliau menegaskan MBSP sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai etika dan integriti yang tinggi dan telus sebagai budaya kerja seharian.
Kerjasama penuh daripada para pegawai penyelaras SPINE sangat membantu dalam melancarkan lagi sesi penilaian ini. Dokumen-dokumen sokongan yang disusun kemas berdasarkan elemen-elemen serta sesi temubual dengan beberapa pegawai terlibat juga telah dijawab dengan telus. Ini memberi peluang kepada para konsultan untuk membantu pihak MBSP melaksanakan penambahbaikan secara menyeluruh dan tersusun. Adalah diharapkan penambahbaikan yang dicadangkan akan dilaksanakan oleh pihak MBSP dalam membantu meningkatkan lagi integriti dan tadbir urus yang baik, selaras dengan perkhidmatan yang diberikan secara langsung kepada masyarakat setempat di Seberang Perai.
Sesi penilaian ini diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan dibantu oleh Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM.












