2 October 2026 9:51 pm

Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE – Langkah proaktif Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pulau Pinang

GEORGETOWN, 29 September 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pulau Pinang (JPSyPP) telah mengambil langkah proaktif dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) menerusi Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan yang telah selesai diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 18, Ibu Pejabat JPSyPP. JPSyPP adalah agensi ketiga di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK Pulau Pinang) yang telah selesai melaksanakan sesi penilaian SPINE.


Pelaksanaan ini menggambarkan kesungguhan JPSyPP dalam memantapkan pembudayaan integriti, memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan, selaras dengan peranannya dalam melaksanakan pendakwaan yang bebas, berkualiti dan profesional berlandaskan undang-undang dan hukum syara’.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Unit Integriti JPSyPP, Encik Muhammad Fadlan bin Othman dan disertai oleh warga kerja yang lain. Dalam ucapannya, beliau menegaskan pelaksanaan SPINE bukan sekadar pematuhan sistem, tetapi satu perubahan budaya kerja yang berteraskan integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Sesi diteruskan dengan semakan dokumen sokongan dan temubual bersama-sama dengan pegawai berkaitan yang menguruskan integriti, tadbir urus dan governans JPSyPP. Sesi penilaian ini diketuai oleh Puan Fara Hasda binti Suhaimi dan dibantu oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia (IIM).


Sesi penutup telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Hasniah binti Hassan, selaku Pengarah JPSyPP dan beberapa dapatan penambahbaikan daripada kedua-dua sesi ini diharap menjadi pemangkin yang berterusan khususnya dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkemas tadbir urus dan pengamalan nilai-nilai integriti yang tinggi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 432
JUMLAH PELAWAT : 491059

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 October 2026

Skip to content