26 September 2026 2:46 am

IIM Terus Perluas Jangkauan CISM Melalui Siri Taklimat Bersama Vendor MARDI

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA) telah mengendalikan siri Taklimat Corporate Integrity System Malaysia (CISM) Bersama Vendor MARDI pada 24 September 2026 secara dalam talian.
Sesi kali ini merupakan siri keempat yang dilaksanakan bersama MARDI dan telah menghimpunkan hampir 45 vendor serta syarikat subsidiari yang berurusan dengan Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI).
Sesi ini memberi fokus kepada penerangan dan perkongsian berkaitan Corporate Integrity System Malaysia (CISM), termasuk konsep, pelaksanaan serta manfaat penyertaan CISM kepada organisasi. Inisiatif ini turut menjadi platform untuk memberikan pendedahan kepada para vendor mengenai kepentingan amalan integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah dalam pengurusan organisasi.
Para peserta turut berpeluang berinteraksi secara langsung melalui sesi soal jawab bagi mendapatkan penjelasan berkaitan pelaksanaan dan proses penyertaan CISM. Mereka juga digalakkan untuk mempertimbangkan penyertaan dalam CISM sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan kesedaran serta amalan integriti dalam organisasi masing-masing.
Pelaksanaan siri taklimat ini mencerminkan usaha berterusan IIM bersama MARDI dalam memperluas jangkauan inisiatif CISM kepada kumpulan vendor yang berbeza, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak organisasi untuk mengenali dan menyertai inisiatif integriti yang diperkenalkan oleh IIM.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Nurul Shafinas Mohd Daud daripada Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia (IIM).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 14
JUMLAH PELAWAT : 488763

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 26 September 2026

Skip to content