7 September 2026 8:34 pm

PERKUKUH JALINAN STRATEGIK MEDIA: KUNJUNGAN HORMAT ASTRO AWANI MEMACU PEMBUDAYAAN INTEGRITI NASIONAL

KUALA LUMPUR, 7 September 2026 – Satu langkah ke hadapan yang amat signfikan, Institut Integriti Malaysia (IIM) menerima kunjungan hormat daripada rakan kerjasama Astro AWANI, yang dihadiri oleh Encik Zaiful Mohd Ariffin, Pengarah dan Ketua Pengarang Astro AWANI dan Encik Muhammad Hafizuddin Mohd Sanip dalam satu pertemuan untuk memperkukuh jalinan kolaboratif strategik antara kedua-dua pihak.

Pertemuan ini berfokus kepada usaha menyemarakkan kesedaran dan pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia selaras dengan inisiatif nasional iaitu Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES). Selain itu, perbincangan ini turut menjadi medan utama untuk memperkasakan lagi program berimpak tinggi IIM dan AWANI bersedia untuk memberikan sokongan penuh kepada usaha murni ini.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM serta turut dihadiri oleh Encik Harisham Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi, dan Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.

Semoga jalinan kerjasama media ini dapat menyebarluaskan naratif agenda nasional ini secara konsisten, telus, dan holistik demi kesejahteraan negara.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 458
JUMLAH PELAWAT : 482591

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 7 September 2026

Skip to content