Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya telah melaksanakan Modul Integriti Profesional X-Factor (MIP-X) bersama warga kerja Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) yang melibatkan seramai 35 orang peserta daripada kumpulan pelaksana dan sokongan pada 2 hingga 3 September 2026 bertempat di Wetlands Park, Putrajaya.
Pelaksanaan MIP-X bersama JWP adalah bertujuan untuk memperkukuh penghayatan dan pengamalan nilai-nilai integriti dalam kalangan warga kerja, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan integriti profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Program ini turut memberi penekanan kepada pembentukan jati diri, pemantapan budaya kerja berintegriti serta pengukuhan nilai dan etika sebagai asas dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, berakauntabiliti dan berkesan.
Barisan fasilitator IIM yang terlibat dalam pelaksanaan MIP-X ini terdiri daripada tiga orang fasilitator, diketuai oleh Encik Muhamad Khairul Aman, Ketua Fasilitator, serta dibantu oleh Encik Abdul Rahim dan Encik Syazwan Che Mat.


















