19 August 2026 4:59 pm

Bengkel Pemurnian Modul Integriti Profesional X-Factor (MIP-X)

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Modul Integriti Profesional X-Factor (MIP-X) pada 18 Ogos 2026 bertempat di Dewan Murni, Menara IIM.

Bengkel ini melibatkan barisan pembangun modul daripada IIM dengan kerjasama barisan pembangun modul daripada Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk memuktamadkan kandungan Modul Integriti Profesional X-Factor (MIP-X) setelah melalui dua siri bengkel pembangunan modul dan satu siri projek rintis yang telah dilaksanakan sebelum ini. Selain itu, bengkel turut memberi tumpuan kepada pemurnian serta penetapan objektif dan hasil pembelajaran yang bakal diperoleh oleh peserta modul.

Bengkel ini diketuai oleh Encik Muhamad Khairul Aman, Penolong Pengarah PPIIB, dengan bantuan Encik Abdul Rahim, Penolong Pegawai Kanan PPIIB.

Pelaksanaan bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan IIM dalam memperkukuh pembangunan modul berasaskan integriti yang relevan, tersusun dan berimpak dalam membentuk individu yang berintegriti serta berdaya tahan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 315
JUMLAH PELAWAT : 477320

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 19 August 2026

Skip to content