17 August 2026 1:11 pm

Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE – Langkah proaktif Pejabat Daerah dan Tanah Pendang

PENDANG, 16 Ogos 2026 — Pejabat Daerah dan Tanah Pendang (PDTP) telah mengambil langkah proaktif dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) menerusi Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan yang telah selesai diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. PDTP adalah agensi pertama di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK Kedah) yang berjaya melaksanakan sesi penilaian SPINE.


Pelaksanaan ini jelas menggambarkan kesungguhan PDTP dalam memantapkan pembudayaan integriti, memperkukuh tadbir urus yang baik serta meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem penyampaian perkhidmatan, selaras dengan peranannya dalam memastikan kepentingan keselamatan dan kesejahteraan warga Pendang.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Nasrunkamil bin Noh, AMK., BCK. Pegawai Daerah Pendang dan turut disertai oleh barisan pegawai PDTP. Dalam ucapannya, beliau menegaskan pelaksanaan SPINE bukan sekadar pematuhan sistem, tetapi satu perubahan budaya kerja yang berteraskan integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Sesi kemudian diteruskan dengan semakan dokumen sokongan dan temubual bersama-sama dengan pegawai berkaitan yang menguruskan integriti, tadbir urus dan governans PDTP. Penyediaan dokumen yang lengkap melancarkan lagi sesi penilaian ini, yang diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan dibantu oleh Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia (IIM).


Dapatan daripada kedua-dua sesi ini diharap menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan khususnya dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkemas tadbir urus, pengamalan nilai-nilai integriti yang tinggi dan pemantapan pengurusan aset awam, demi kesejahteraan warga Pendang.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 271
JUMLAH PELAWAT : 476341

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 August 2026

Skip to content