Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data dan Pelan Tindakan untuk Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 10 – 11 Ogos 2026. Bengkel yang diadakan di Ibu Pejabat JPPM ini telah dihadiri seramai 20 ahli jawatankuasa OACP JPPM.
Bengkel ini diadakan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dan merupakan kesinambungan kepada Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) JPPM. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti risiko serta mewujudkan inisiatif bagi risiko yang telah didaftarkan dalam pembangunan OACP JPPM bagi tahun 2026–2030.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Nur Imran Mohd Shaili dan Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.









