12 August 2026 11:09 pm

KUNJUNGAN HORMAT RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT (RSOG) DAN LEE KUAN YEW SCHOOL OF PUBLIC POLICY, NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE KE INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

11 Ogos 2026 – Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima satu kunjungan hormat dari Executive Development Programme anjuran Razak School of Government (RSOG) dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (NUS) yang melibatkan seramai 35 orang delegasi, yang terdiri daripada pegawai kanan perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam yang berlatarbelakangkan bidang pertahanan dan keselamatan.

Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi IIM, turut hadir bersama Puan Alice Suriati binti Mazlan, Pengarah Bahagian Bitara dan Encik Ruben Raj Samuel, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam

Antara delegasi yang hadir ialah Lieutenant Colonel Md Ubaidy bin Umbu dari Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah dari Kementerian Pertahanan Negara Brunei (SHHBIDSS) serta Commander Jiang Quan, Deputy Political Commissary & Secretary of Discipline Inspection Committee, People’s Republic of China.

Objektif utama sesi ini diadakan ialah untuk mendapatkan pendedahan jelas berkenaan peranan, fungsi dan sumbangan IIM dalam memperkukuhkan agenda integriti dan tadbir urus di Malaysia. Selain itu, turut mengupas pengamalan dasar dan pendekatan IIM kearah pembudayaan integriti di peringkat sektor awam dan swasta, di samping membuka ruang kerjasama yang lebih erat dengan IIM.

Semoga sesi ini dapat memberi impak terbaik untuk kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh ekosistem integriti negara.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 465
JUMLAH PELAWAT : 474499

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 August 2026

Skip to content