Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan pada 14 Mei 2026, yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim di Terengganu Inc bagi memperkukuh hubungan antara kedua-dua agensi. Turut hadir bersama, Encik Mohd Rais bin Ramli, Pengarah Pusat Integriti Perniagaan dan Awam bersama Puan Norasikin binti Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan.
Pertemuan ini disambut baik oleh YBhg. Dato’ Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc telah mempamerkan komitmen jitu dalam usaha menjadikan amalan integriti sebagai sebagai budaya kerja utama di agensi tersebut.
Antara lain juga, pertemuan ini turut membuka ruang kerjasama strategik kearah pembangunan inisiatif dan amalan terbaik untuk membina kecemerlangan organisasi. Semoga pertemuan ini memberi impak yang besar kepada ekosistem organisasi yang berintegriti dan berdaya saing tinggi.










