Institut Integriti Malaysia telah berjaya melaksanakan Latihan Audit Dalam MS ISO 37001:2025 untuk Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU). Latihan ini telah disertai oleh 33 orang calon Juruaudit Dalaman ABMS yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan Ketua Seksyen SATU.
Sepanjang sesi latihan, para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan keperluan MS ISO 37001:2025, etika juruaudit dan proses pelaksanaan audit dalaman berkaitan sistem pengurusan anti-rasuah (ABMS). Kefahaman peserta diuji menggunakan platform ujian atas talian yang interaktif.
Peserta juga telah menjalani amali audit (Mock-audit) untuk merasai pengalaman sebagai ketua dan pasukan juruaudit yang menjalankan audit dalaman.
Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh Puan Shafinas Daud dan Puan Wan Nabilah, Konsultan PISPA, IIM.
PISPAIIM #MSISO37001 #ABMS #AuditDalam #Integriti #Antirasuah















