Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk menyampaikan taklimat integriti sempena Program Transformasi Minda (PTM) . Program ini telah berlangsung pada 28 April 2026 bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Taklimat bertajuk Pengurusan Integriti dan Keselamatan ini telah disampaikan oleh Encik
Hamzi Muhamad Konsultan dari Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK). Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan kepentingan pengurusan integriti dalam perkhidmatan awam, serta memperkukuh nilai-nilai etika dan akauntabiliti dalam kalangan peserta.
Program ini telah dihadiri seramai 45 orang peserta. Terdiri daripada Pensyarah universiti dan kakitangan UPNM. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen peserta terhadap amalan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.









