30 April 2026 5:14 pm

Bengkel Sesi Hands-On Proses Pendaftaran dan Pelaksanaan SPINE Peringkat JWP dan Agensi

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput melaksanakan Sesi Hands-On bagi Pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) Peringkat Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Agensi pada 28 April 2026 di Menara Seri Wilayah, Putrajaya. Sesi ini menghimpunkan wakil daripada tujuh agensi di bawah JWP bagi memberi pendedahan lebih dekat berhubung tatacara penggunaan sistem, keperluan maklumat dan langkah pengisian SPINE.

Sesi ini terbahagi kepada tiga pengisian utama. Sesi pertama dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada SPINE bagi memberi gambaran asas tentang tujuan, kepentingan dan peranan sistem ini dalam membantu agensi menilai tahap integriti serta governans masing-masing. Sesi kedua pula memberi tumpuan kepada aspek teknikal dan proses pelaksanaan SPINE, termasuk penerangan berkenaan langkah-langkah penggunaan sistem serta perkara yang perlu diberi perhatian oleh agensi selepas pendaftaran dibuat. Sesi ketiga diteruskan dengan tutorial pengisian SPINE secara praktikal, merangkumi bimbingan kepada peserta dalam memahami elemen-elemen penilaian dan maklumat yang perlu dilengkapkan bagi memastikan proses pengisian dapat dibuat dengan lebih teratur.

Secara keseluruhannya, sesi hands-on ini membantu menyelaraskan kefahaman antara JWP dan agensi-agensi terlibat, khususnya dalam aspek penilaian kendiri serta penyediaan dokumen sokongan bagi menghadapi Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE. Pendekatan secara langsung ini memberi peluang kepada peserta untuk bertanya, mencuba dan mendapatkan penjelasan segera terhadap perkara yang kurang jelas. Kesemua agensi JWP juga telah berjaya mendaftar dalam SPINE, sekali gus menunjukkan komitmen awal yang positif terhadap pelaksanaan sistem ini. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Encik Nabil Eiman Azman dan Cik Nur Atia Shahirah Mustapha dari Pusat Integriti Sektor Pernigaan dan Awam (PISPA), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 366
JUMLAH PELAWAT : 434824

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 30 April 2026

Skip to content