Delegasi Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Encik Ashwad bin Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Menara Angkasapuri hari ini.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara IIM dan Jabatan Penyiaran Malaysia dalam usaha memartabatkan pembudayaan integriti dan tata kelola baik menerusi platform penyiaran nasional.
Antara lain, turut memfokuskan kepada usaha menyemarakkan integriti dalam kalangan masyarakat menerusi platform penyiaran nasional serta menjurus kepada pengukuhan profil dan reputasi IIM sebagai agensi peneraju utama agar lebih dekat di hati rakyat menerusi naratif media yang lebih efektif.
IIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak RTM atas keterbukaan dalam menyokong agenda nasional ini demi kelestarian integriti negara.











