Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan sebagai penceramah bagi Program Transformasi Minda (PTM) Bilangan 1 Tahun 2026 untuk slot Pengurusan Integriti anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada 17 April 2026. Program yang berlangsung di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Port Dickson ini telah dihadiri oleh seramai 48 orang pegawai lantikan baharu daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Sesi Pengurusan Integriti ini merupakan salah satu slot wajib dalam Program Transformasi Minda (PTM) yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti dalam kalangan penjawat awam. Di samping itu, sesi ini turut menekankan penerapan nilai dan pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam berteraskan pengamalan nilai-nilai murni.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, Institut Integriti Malaysia (IIM).







