Hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh tadbir urus bandar raya melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bertempat di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).
MoU ini ditandatangani oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia dan YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM dan YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Pemeteraian ini bukan sekadar acara simbolik, tetapi merupakan komitmen jitu oleh IIM kearah memartabatkan integriti dan tatakelola baik sebagai nadi penggerak ibu kota. Melalui sinergi strategik ini, IIM komited melahirkan warga kerja yang amanah, telus, dan berwibawa demi kesejahteraan seluruh warga kota seterusnya menjadi teras utama dalam setiap penyampaian perkhidmatan perbandaran.











