30 May 2026 7:41 pm

BUKAN SEKADAR SLOGAN, ‘INTEGRITI @ HATI’

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Integriti TM Global yang berlangsung pada 14 April 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara TM. Acara ini bukan sekadar aktiviti tahunan, tetapi adalah komitmen utuh TM Global terhadap budaya korporat yang telus dan beretika tinggi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) dan ini merupakan penghormatan besar buat IIM. Perasmian ini menjadi simbolik kolaboratif yang teguh antara IIM dan TM Global kearah pembudayaan integriti yang tinggi antara dua pihak.

Dalam amanatnya, integriti merupakan elemen asas yang menentukan kredibiliti sesebuah organisasi. Dunia korporat hari ini yang sarat dengan tuntutan prestasi dan perubahan pantas, telah menjadikan integriti sebagai peranan utama serta penimbang tara yang memastikan setiap tindakan kekal dalam landasan yang betul, mampan serta boleh dicapai melalui kebertanggungjawaban yang telus.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
KURSUS ETIKA KERJA

25 May 2026

Kursus Etika Kerja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 21 Mei 2026 sebagai salah satu inisiatif Institut Integriti Malaysia...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 109
JUMLAH PELAWAT : 443974

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 30 May 2026

Skip to content