Pusat Integriti Sektor Perniagaan & Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Koperasi Malaysia dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kolaborasi khususnya dalam pelaksanaan Sistem Integriti Korporat Malaysia kepada koperasi berskala besar dan sederhana di Malaysia.
Dalam sesi tersebut, pegawai PISPA telah memberikan penerangan terperinci berkaitan Program CISM serta rantaian produk berkaitan, termasuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan pematuhan organisasi.
Diharapkan kerjasama ini dapat memperluaskan pelaksanaan budaya integriti dalam sektor koperasi serta menyokong agenda pembangunan organisasi yang lebih telus dan berdaya tahan.
CISM #Integriti #TadbirUrus #IIM #IKMa #Koperasi #MalaysiaMADANI








