6 April 2026 2:50 pm

Semakan Inisiatif, Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data dan Pelan Tindakan Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Wilayah Persekutuan

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Semakan Inisiatif, Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data dan Pelan Tindakan Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Jabatan Wilayah Persekutuan pada 02-04 April 2026 di Bilik 4 Premiera Hotel Kuala Lumpur.

Objektif bengkel ini adalah untuk semakan ke atas inisiatif OACP 2021 – 2025 selain memberi pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan dan pemantauan Corruption Risk Assessment (CRA) dalam penyediaan Strategi Anti-Rasuah Organisasi yang lebih sistematik selain untuk mewujudkan tata kelola yang terbaik dalam konteks pengurusan risiko bagi sesebuah organisasi melalui pencegahan ketirisan aspek integriti, tadbir urus dan rasuah. Peserta telah didedahkan dengan kaedah penentuan pelan tindakan, penentuan pelaksana, tempoh masa, dan kuadran, yang bersesuaian untuk risiko yang disenaraikan.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Cik Nur Atia Shahirah Mustapha, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 262
JUMLAH PELAWAT : 425178

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 6 April 2026

Skip to content