YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) beserta pengurusan tertinggi IIM telah mengadakan sesi perbincangan tentang beberapa kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan dengan Kementerian Perpaduan Negara pada 2 April 2026. Sesi perbincangan ini turut melibat beberapa agensi dibawah kementerian seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia.
Perbincangan ini diadakan hasil dari kunjungan hormat antara Datuk Seri Noridah dengan YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara pada 18 Mac yang lalu.
Secara dasarnya beberapa kerjasama strategik telah dipersetujui antaranya ialah pelaksanaan Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) di TABIKA dan TASKA Perpaduan, penyertaan IIM dalam siri jelajah Sambutan Minggu Perpaduan, pelaksanaan Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat kepada kepimpinan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta beberapa inisiatif lain yang boleh dilaksanakan bersama-sama komuniti.
Pengurusan IIM yang turut hadir adalah En. Harisham Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi, Puan Eizan Azura binti Zainudin, Ketua Pegawai Sektor Strategi, Pn. Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan, dan Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.












