18 March 2026 8:15 pm

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF IIM KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara pada 18 Mac 2026.


Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik antara IIM dengan Kementerian Perpaduan Negara bagi beberapa program antaranya ialah pelaksanaan Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) di TABIKA dan TASKA Perpaduan serta beberapa inisiatif lain yang boleh dilaksanakan bersama-sama komuniti. Turut dibincangkan tentang Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) dalam usaha untuk menjadikan integriti sebagai budaya warga Malaysia.

NIES merupakan satu kerangka strategi nasional yang dibangunkan bagi memperkukuh dan membudayakan nilai integriti dalam kalangan individu, organisasi dan masyarakat secara menyeluruh. NIES bertujuan menyelaras pelbagai inisiatif berkaitan integriti yang dilaksanakan oleh sektor kerajaan, swasta dan masyarakat melalui pendekatan whole-of-nation, agar integriti menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta pentadbiran negara.


MIKa pula adalah salah satu daripada usaha dan inisiatif IIM bagi menanam integriti dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak. Hasrat IIM ialah agar MIKa dijadikan Modul Sisipan yang boleh digunakan oleh para pendidik sebagai alat bantu mengajar pendidikan integriti, etika dan moral di peringkat TASKA, TADIKA dan Pra-sekolah seluruh negara.


Pengurusan IIM yang turut hadir adalah En. Harisham Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi, Pn. Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangnan Integriti Insan dan Budaya dan Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 262
JUMLAH PELAWAT : 421189

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 March 2026

Skip to content